Monday, June 24, 2024

PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA DIGITAL GLOBAL (TAHAP 1)

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Mewarna Digital Global (Tahap 1) yang telah diadakan baru-baru ini bersempena Bulan Membaca SK Seri Kemaman 2024. Tahniah! Tahniah! dan Tahniah!

Johan     : Myiesha Farha Irdina bt Mokhtar (3AS)

Kedua    : Nurizzah Atirah bt Safarin (2AT)


Ketiga    : Muhammad Hafiy Jihad bin Mohd Hafizan (2AS)


Keempat: Nur Farah Filzah (1AS)


Kelima    : Syarif Rahmatullah bin Saiful Bahry Kubra (2AS)



Tuesday, June 11, 2024

BULAN MEMBACA 2024 KINI KEMBALI!!

 Bulan Membaca SK Seri Kemaman 2024 kini kembali. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan sepanjang Kempen Bulan Membaca SKSK 2024. Jom pakat-pakat masuk tanding belake!!



Pertandingan Mewarna Digital Global

Pertandingan Mewarna Digital Global diadakan sempena Bulan Membaca 2024. Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap 1 sahaja (tahun 1, 2 dan 3). Pertandingan mewarna ini melibatkan penggunaan teknologi di mana murid perlu memuat turun gambar yang perlu diwarna. Kemudian, penghantaran hasil mewarna murid pula adalah secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Form. Untuk memuat turun gambar pertandingan sila ke link berikut:


Untuk menghantar hasil mewarna pula, anda perlu klik masuk ke link berikut:


Ayuh sama-sama sertai pertandingan ini!!



Tahniah Buat Semua Pemenang Grand Prize!!

 Pada 11 Disember 2023, majlis  Cabutan Bertuah Grand Prize Nilam telah diadakan. Seramai 88 murid berjaya membaca sekurang-kurangnya 50 bahan bacaan yang melayakkan mereka untuk menyertai Cabutan Bertuah Ini. Majlis berjalan dengan sangat meriah dan diharapkan hadiah yang diterima meningkatkan lagi semangat dan minat murid untuk terus membaca di masa hadapan.




Monday, August 7, 2023

PERTANDINGAN JET KERTAS

Pertandingan ini adalah usahasama antara Panitia Sains dan unit PSS SK Seri Kemaman. Ianya bertujuan mencungkil bakat murid dalam bidang STEM dan mengasah kemahiran berfikir murid. Pertandingan ini sangat menyeronokkan dan sambutan adalah di luar jangkaan. Syabas dan tahniah buat penganjur. Tahun depan kita ulang lagi!






PROGRAM CABUTAN GRAND PRIZE NILAM 2023

Bagi menggalakkan murid untuk terus membaca, unit PSS telah mengadakan Program Cabutan Grand Prize. Murid yang berjaya membaca sekurang-kurangnya 50 bacaan akan layak untuk menyertai cabutan ini. Hanya perlu bawa buku rekod NILAM murid dan maklumkan kepada guru kelas masing-masing. Guru kelas akan mengisi nama murid tersebut dan memasukkan borang penyertaan murid ke dalam kotak Cabutan Grand Prize. Cabutan akan dibuat pada bulan Disember nanti. Jadi, apa tunggu lagi! Cukupkan 50 bacaan sekarang!


 

BULAN MEMBACA 2023

Bulan membaca datang lagi! Bermula Mei sehingga Julai 2023, pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diatur sepanjang Bulan Membaca SK Seri Kemaman 2023. Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang. Ayuh sertai semua pertandingan yang diadakan!