Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah rahmat, taufik dan hidayah-NYA, saya berpeluang merakamkan
sepatah dua kata dalam Blog Pusat Sumber Sekolah SK Seri Kemaman. Ucapan terima
kasih dan tahniah untuk Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah
terutama GPM Mohamad Afiq bin Mohamad Nawi kerana berjaya menghasilkan blog PSS
yang menarik dan bermaklumat.
Pusat Sumber Sekolah merupakan Nadi Penggerak
bagi semua aktiviti sekolah. Pusat Sumber Sekolah berperanan membantu
meningkatkan pencapaian murid dalam semua bidang sama ada kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah murid.
Pusat Sumber Sekolah juga merupakan punca segala
aktiviti pengkaedahan, pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dalam membantu
para guru mendidik dan membimbing para pelajar agar mereka dapat bersaing dalam
era globalisasi.
Justeru, para guru khususnya perlulah mempunyai
ilmu yang tinggi dan relevan, mempunyai penampilan diri yang positif,
ketinggian budi pekerti, keyakinan diri yang tinggi, berketrampilan, berfikiran
terbuka, ikhlas, amanah, mengamalkan sikap dan budaya kerja yang positif serta
mempunyai daya fikiran yang kreatif, kritis dan berinovatif dalam usaha
kecemerlangan potensi diri yang dianugerahkan oleh Allah swt.
Akhir kata, saya mengharapkan agar Pusat Sumber
Sekolah akan terus merangka program kreatif dan inovatif ke arah mencapai
kecemerlangan dalam mewujudkan warga sekolah sebagai modal insan yang berbudaya
membaca, berbudaya ilmu dan berpendidikan sepanjang hayat.
PSS WADAH ILMU INFORMASI TERKINI
“Saya
bukanlah orang yang hebat tetapi saya mahu belajar dari orang yang
hebat,
“Saya
adalah orang biasa tetapi saya ingin menjadi orang yang luar biasa“
“Saya
bukanlah orang yang istimewa tetapi saya ingin menghasilkan sesuatu yang
istimewa”
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment